BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

SASTERA RAKYAT


Sastera Rakyat Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Jenis-jenis Sastera Rakyat Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif. Sastera rakyat naratif Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

a)Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
b)Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.
c)Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

Sastera rakyat bukan naratif Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

a) Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.
b)Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.
c)Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.
Kegunaan Sastera Rakyat Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut:

•Sebagai alat hiburan
•Sebagai alat pengajaran
•Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.
•Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.
•Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan.
CONTOH PUISI:PANTUN NASIHAT
Ada beras taruh dalam padi,
Ada niat taruh dalam hati.

Biasa berpisau, jangan berparang,
Biasa pada kau, jangan bawa ke orang.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Alang mandi biar basah,
Kalau tak jadi jangan menyusah.

Kayu cendana di atas batu,
Sudah diikat dibawa pulang;
Adat di dunia memang begitu,
Benda buruk memang terbuang.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulang Purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Pijak galah sambil berlari,
Rupanya hujung sudah patah;
Banyakkan usaha kepada diri,
Masa diri muda dan mentah.

Menaman bunga di dalam pasu,Bunga melati dan bunga pandan;Janagan ikut hawa nafsu,Kelak nanti binasa badan.
CONTOH TEKA-TEKI:
Pokok cengal, pokok cendana,
Tumbuh subur di hujung kampung,
Kalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di hidung?
Jawapan :
Badak Sumbu

0 comments: